Tuesday, December 29, 2015

KEJAYAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt kepada semua yang mengikuti blog saya , ataupun tidak.  Ramai kat sini PM saya tanya macam mana kita nak mudah menghafal ,mudah ingat dan sebagainya. Saya minta maaf sebab lewat update.Saya terlalu sibuk sepanjang semester. Tak ada masa nak update update blog ni. Sorry sangat-sangat.

Petua saya adalah DOA. Doa ni kan senjata mukmin. Sebelum memulakan pembelajaran mestilah dahulukan dengan DOA. Doa apa yang saya baca ? Tengok dekat gambar.




Doa ini hendaklah dibaca 3 kali sebelum hendak mula belajar dan ketika selepas solat. Kebiasaanya saya akan memulakan belajar lepas solat isyak. Dan selepas itu sertakan lah niat anda. Kawan saya selalu pesan pada saya bab membaca jangan menghafal sangat."kau kena fahamkan". Tapi saya tak boleh.Tak reti macam mana nak fahamkan.Sebab tu lah otak saya STUCK kalau nak jawab quiz,test dan sebagainya.Sebab terlalu banyak menghafal dan terlalu banyak benda masuk dalam kepala.Doa ni jelah yang saya selalu amalkan. Haaa , sesiapa yang tahu cara nak bantu saya FAHAM sesuatu benda@subjek yang kita belajar ,boleh la bantu saya. Huhuhu.



Seterusnya , saya ikut nasihat kawan-kawan saya yang dah berjaya.Dia bagi saya nasihat yang simple tapi amat lah berguna untuk saya dan anda semua.Kita haruslah menjaga hubungan kita dengan ALLAH. Hubungan dengan Allah ni amatlah penting.Jangan lewatkan solat.Kalau time kita tengah leka duk study tu , tetiba dengar bunyi AZAN. Terus stop study.Lakukan solat dahulu.Solat diawal waktu tau u all.Lepastu , korang ingat ni. Masa pi kelas , tengah tengah nak berjalan tu baca zikir dalam hati. LailahillaALLAH. Baca lah sepanjang jalan sampai kita sampai kat kelas ka , dewan kuliah ka , makmal ka dan sebagainya . Lepas tu , sebelum keluar asrama , niat belajar. "Ya Allah , sesungguhnya aku menuntut ilmu ini kerana-MU ya Allah". Haa , amalkan lah petua-petua ni.Lagi satu jangan lupa call mak ayah.Seminggu sekali ka.Tanya khabar mereka dan sebagainya.Minta mak ayah doakan kejayaan kita.Doa ibu tu penting u all.






Akhir sekali , waktu korang semua tengah study ni , xpayah la COUPLE-COUPLE bagai ni. Rugi duit , rugi masa. Sebab apa rugi duit ? Sebab korang sanggup belikan hadiah untuk GF/BF korang. Tak kisah berapa banyak pun duit habis. Untuk dia xkesah kan ? Sebenarnya kan , duit tu lebih baik la korang sedekah ka kat orang yang memerlukan. Dapat juga pahalakan ? Bagi kat mak ayah ka duit tu. Even RM50 pun , bagi je lah dekat mak ayah kita. Serius talk , mak ayah kita akan terima je duit daripada pemberian kita walaupun sedikit. Cakap la , "mak ni pemberian along untuk mak. " Mak terima lah duit ni. Ikhlas along kasi. Haa , dapat dah pahala kat situ ? Senang kan nak cari pahala. Okay , kenapa saya cakap rugi masa ? SEBAB korang akan selalu call gf/bf korang. Masa kat situ dah terbuang dah. Tak penting pun u all. Melainkan dia adalah suami/isteri kita. Pastu korang mesti nak keluar date kan ? Ha , dah buang masa kat situ. Baiklah duduk rumah tolong mak kat dapur , yang lelaki lak tolong mak mengemas rumah ka ,baca buku kat rumah ka . Kerja kerja rumah tu , bukan perempuan je boleh buat .Lelaki pun boleh buat. Sedangkan,Nabi Muhammad tolong isteri dia buat kerja rumah.




Lasttt , nak pesan selalu lah fikir positif.Jangan letakkan benda benda negative dekat mind set kita.Nanti negative lah kita dapat.Kita dah jawab soalan tu , kita minta doa kat ALLAH. Tawakkal kepada Allah. Reda dengan apa jua keputusan.


So , wahai semua manusia , fikirlah mana yang baik untuk korang semua. Itu sahajalah tips yang saya amalkan. Maaf salah dan silap saya semasa menulis ni. Mana tahu ada yang terasa ka. Tak ada niat pun nak buat korang semua terasa. Saya menulis ni berdasarkan pengalaman saya sendiri. Pengalaman kawan kawan saya pun saya ada masukkan dalam entry ni.

No comments: